Teruk Dihentam Sebab Pakai Bikini, Sajat Mula Bersuara Tapi Jawapan Dia Beri Buat Orang Lagi Geram
Tak habis-habis lagi kisah pasal usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat.
Kali ini beliau tampil mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar memakai bikini di laman Instagram beliau.
Gambar tersebut lantas mendapat reaksi balas orang ramai termasuk beberapa pendakwah dan selebriti yang mengecam tindakan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Selepas teruk dikecam, Sajat telah tampil bersuara.
” Saya bukan meIac0r atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan menghargai kecantikan yang dimiliki,”
Demikian kata-kata usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat mengenai kecaman yang diterima susulan kontroversi terbarunya apabila dia memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram.
Sajat ketika dihubungi berkata, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.
” Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.
” Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri.
” Saya masih berpegang teguh kepada agama saya. Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej s3ksi anda lupa kebaikan saya selama ini,” katanya.
Sajat berkata, dia berharap individu yang menggesa dirinya diboikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.
” Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar.
” Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.
” Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya.
” Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih s3ksi di media sosial.
” Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja. Kenapa saya dihentam begini?” katanya.
Dalam masa sama, Sajat memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.
” Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan.
” Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” katanya.