Sekolah Agama di Raub Terbakar, Duit Belanja Murid Semua Hangus. Sehinggalah Ebit Lew Datang

Keprihatinan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew datang menziarah murid dan tenaga pengajar ke Sekolah Agama Al Falah, Batu Talam yang terbakar tiga hari lalu mendapat perhatian orang ramai.
Berikut perkongsian beliau:
” Sebak pagi ini ziarah sma al falah Raub yang terbakar beberapa hari lepas. Sayu lihat bangunan asrama terbakar.
” Syukur semua selamat. Ada beberapa dorm semua baju dan duit yuran dan duit belanja pelajar semua terbakar.
” Saya tanya guru berapa duit pelajar yang terbakar. Saya gantikan duit tu. Ada yang rm500 sehingga ada rm30 duit belanja. Saya beri setakat rekod mereka tadi.
” Saya hadiahkan sedikit duit pada security guard yang cepat sedar kebakaran berlaku dan cepat mengarahkan pelajar keluar bersama warden.
” Tanda terima kaseh padanya walau tak dapat bayar jasa mereka.
” Saya hadiahkan 20 kipas dan 6 portable aircond untuk dewan makan yang dijadikan asrama mereka.
” Terima kaseh Ustaz Tuan Pengetua dan seluruh tenaga kerja di Raub yang sedang bertungkus lumus menguruskan tempat kejadian.
” Terima kasih juga kerana menyiapkan asrama sementara didewan makan untuk penginapan pelajar. Sebahagian pelajar diarahkan balik sementara.
” Pihak Bomba cepat sampai mengawal api marak. Terima kaseh Pihak Bomba. Pihak Polis. Terima kaseh Yb. Terima kaseh semua Jkr. Jkm. Atm. Jpam. Majlis Perbandaran.
” Semua ada beberapa hari membantu. Terima kaseh ramai pihak disana telah membantu dan menguruskan keadaan disana.
” Paling awal sampai Tuanku Pemangku Raja Pahang..Subhanallah. Kagum dan terharu dengar Tuanku sentiasa berjiwa rakyat. Semoga Allah berkati dan rahmati Negeri Pahang-ebitlew
” Alhamdulillah ustaz ebit…Allah Maha Kuase Makhluk Langsung Tkde Kuase…segala bantuan ustaz Allah saje yg dpt membalasnye dengan ganjaran mahligai seindah2 tempat di dlm syurga” tulis Ebit Lew.
Tiada kmIangan jiwa
Bangunan Sekolah Agama Al Falah, Batu Talam dekat sini, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir, berkata kejadian jam 4.19 pagi itu, itu membabitkan dua bilik asrama lelaki, bilik simpanan dokumen, stor dan tandas.
Shahrulnizam berkata, dua jentera bersama 14 anggota termasuk tiga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan Sungai Koyan bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran dalam masa setengah jam.
” Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, berikutan tiada kemasukan murid di sekolah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran yang memusnahkan 85 peratus bangunan itu dan anggaran kerugian masih disiasat,” katanya.