Pegawai Azmin Dakwa Noor Hisham Sudah ‘Gagal’, Gesa Berundur Sebab Perkara Ini
Setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengundurkan diri.
Menulis di laman Twitternya, Adlin M Zabri berkata dia tidak setuju dengan “penutupan menyeluruh” dan menuduh Noor Hisham gagal melakukan perancangan sewajarnya.
![]()
“Pengarah Kesihatan. Anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan semua penutupan penuh ini menunjukkan bahawa anda tidak mampu menangani (wabak Covid-19).
“Tumpukan bidang pembedahan saja atau lagi baik berhenti,” kata Adlin.
Adlin menulis ini ketika
berkongsi artikel berita mengenai netizen yang mengkritik Noor Hisham mengenai pengendalian pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati.Melalui ciapan lain di Twitter pada awal hari ini, Adlin secara sinis menyarankan sektor perkilangan harus disalahkan atas wabak di pusat vaksinasi IDCC.
Pada 10 Julai lalu, Adlin menyiarkan klip video memaparkan Ketua Teknikal Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Maria Van Kerkhove yang bercakap mengenai cara untuk membendung penyebaran Covid-19.
![]()
Hantarannya itu disertakan dengan pesan: “Pengarah Kesihatan … Harap (anda) mendengar ini”.
Putrajaya telah memutuskan untuk menutup lebih banyak kilang bermula 3 Julai dan seterusnya untuk membendung penyebaran Covid-19.
Beberapa jam selepas pengumuman itu, Azmin – yang kementeriannya memimpin sektor pembuatan – menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.
Kredit:MK
Lepasi angka 11,000! Malaysia catat 11,079 kes baharu Covid-19, 125 lagi kematian
![]()
PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 11,079 kes baharu, pada Selasa.
Ia menjadikan keseluruhan 855,949 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 96,236 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472) dan Johor (406).
“Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 125 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,385 kes,” katanya pada sidang media, petang Selasa.
Beliau berkata, sebanyak 5,990 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 753,328 kes.
“Sehingga kini, terdapat 972 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 456 kes memerlukan bantuan pernafasan, ” katanya.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.