Kerajaan Filipina Dapat ‘Lesen’ Masukkan Sabah Dalam Peta Pasport Mereka, Shafie Des4k Wisma Putra Jangan Berlembut

Perang mulut antara pemimpin Malaysia dan Filipina mengenai status Sabah nampaknya sudah masuk ke tahap baru.
Terbaru Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina telah meluluskan rang undang-undang baru berkaitan percetakan peta Filipina dengan membenarkan kerajaan mereka untuk memasukkan negeri Sabah dan zon ekonomi eksklusif 200 batu (ZEE) ke dalam peta pasport negara mereka.
Memetik CNN Phillipines , Rufus Rodriguez yang menulis rang undang-undang House Bill 6399 ini, berkata pindaan ini bertujuan demi menegaskan hak dan sejarah mereka ke atas Sabah selain menekankan kemenangan mereka di Laut Filipina Barat ke atas China di Tribunal Arbitrase Antarabangsa di Hague, Belanda pada 2016
Tambahnnya pengubalan pada dokumen perjalanan Filipina ini adalah satu kenyataan kuat bahawa negara tersebut begitu serius menjaga hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ.
Sebelum ini keteg4ngan antara dua negara bermula apabila Setiausaha Luar Filipina membuat kenyataan yang mend4kwa Sabah bukan sebahagian dari Malaysia
Kenyataan tersebut dikeluarkannya di Twitter sebagai respons kepada tweet yang dikelarkan Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada 500 rakyat Malaysia yang dihantar pulang dari Sabah.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  kemudiannya membidas kenyataan tersebut dan menyifatkan ianya tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Beliau kemudiannya memberitahu akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia bagi menjelaskan maksud yang cuba disampaikan Teddy.
Untuk rekod, Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara kemudiannya bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963.
Negeri di bawah bayu ini sebelum ini pernah menjadi wilayah jajahan Kesultanan Brunei sebelum diserahkan kepada kesulatan Sulu kepada Sultan Sulu atas jasa kerajaan tersebut membendung perang saudara yang meletus di Brunei pada 1658.
Mereka kemudian menjadi sebahagian dari kerajaan Sulu sehinggalah pada 22 Januari 1878,  apabila kesultanan sulu telah menandatangani perjanjian telah menyerahkan atau ‘menyewakan selama-lamanya’ Borneo Utara kepada British, dengan pulangan pembayaran sebanyak 5,000 dolar (kemudian naik kepada 5,300) Malaya setahun kepada Sultan Sulu.

Shafie gesa Wisma Putra ‘tak berlembut’ isu tuntuan Filipina pada Sabah

Malaysiakini
DALAM pada itu, Ketua menteri sementara Sabah Shafie Apdal mendes4k Wisma Putra memanggil duta besar Filipina di Kuala Lumpur setelah beberapa pihak di negara itu mencadangkan untuk mencetak peta yang merangkumi negeri Sabah pada pasport negara berkenaan.
Shafie berkata Wisma Putra harus memberi amaran ker4s kepada duta besar Filipina mengenai tind4kan itu, yang menurutnya adalah pelanggaran kedaulatan Sabah dan provokasi yang tidak sepatutunya.
“Sabah adalah negeri yang berdaulat dan perkara ini telah diselesaikan sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dia mengingatkan bahawa rakyat Sabah telah dijanjikan keamanan dan perlindungan ketika bergabung dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Justeru, katanya, Kementerian Luar Negeri tidak boleh mengambil sikap berlembut terhadap pihak berkuasa Filipina berhubung “kenyataan tidak masuk akal akhir-akhir ini”.
Semalam, dilaporkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan merangkumkan Sabah di dalam pasport negara itu.
Peta itu merangkumi zon ekonomi eksklusif 200 batu nautika negara ini dan juga Sabah.
Langkah itu belum dibentangkan di Dewan Perwakilan Filipina untuk mendapatkan undian.
Sementara itu di Twitter, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussien menjawab laporan berita mengenai tind4kan itu dengan menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf tuntutan asing ke atas Sabah.
“Saya telah menyatakan pendirian Malaysia mengenai Sabah sebelum ini, tidak ada keraguan – Sabah akan selamanya menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya.
Sumber: CNN, Buzzkini, mkini