Kasih Hingga Ke Syurga Pengantin Lelaki Dukung Ibu Ke Masjid Buat Ramai Pilu
Kasih Hingga Ke Syurga Pengantin Lelaki Dukung Ibu Ke Masjid Buat Ramai Pilu
Hubungan antara seorang ibu dan anak itu memang tidak dapat dipisahkan. Meskipun sudah berumah tangga, usah lupa dengan pengorbanan serta jasa seorang ibu seperti yang dilakukan oleh pengantin lelaki ini.
Ibu tak mampu nak berjalan, pengantin lelaki dukung ibu keluar dan letak di wheelchair
Tular di Facebook baru-baru ini, pengantin lelaki dikenali sebagai Karami Ezam sedang mendukung ibunya yang tidak mampu berjalan keluar daripada keretanya. Warga emas berkenaan dilihat duduk di wheelchair dan memasuki masjid sambil melihat anak lelakinya memakai sampin. Dalam keadaan masih mematuhi penjarakan fizikal, suasana dalam masjid kelihatan begitu tenang.
Photoshoot paling sebak… berjurai air mata pengantin bila sah bergelar suami orang
Air mata Karami itu bagaikan tidak dapat ditahan lagi apabila dia sudah sah bergelar suami kepada Nadia Syafiqah. Lelaki berkenaan mnegucup dan mendakap ibunya dalam keadaan masih sebak. Jurufoto bertugas turut mengakui moment itu merupakan yang paling sebak pernah mereka rakamkan sehingga tetamu lain turut mengalirkan air mata.
Untung isterinya sebab dapat suami yang layan mak bagai bidadari
Perkongsian tersebut meraih lebih 2 ribu perkongsian setakat ini. Selain meluahkan rasa sebak melihat situasi pernikahan seperti itu, ada juga netizen memuji keperihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Karami apabila mendukung ibunya.
Sumber: FB Seniman Visual

