Alyanna Mukhriz Dah MenyesaI Dan Mengaku SaIah Langgar PKP, Sekali Anak Dato’ K Datang Komen
” Saya menyesal. Bukan saja kerana saya cuai melanggari larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik.”
Demikian permohonan maaf anak kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna berhubung penahanannya dalam serbuan di sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat Kuala Lumpur, 21 Ogos lalu.
Meera Alyanna atau Ally antara 27 individu ditahan polis termasuk suaminya kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menerusi Instagramnya, Ally berkata, dia amat kesal dengan kecuaian itu sehingga menyusahkan keluarga dan rakan.
” Benarlah saya bersalah dan patut pun anda berasa kecewa, tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini.
” Saya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menjadi teladan kepada orang lain, namun kini saya sedar ia belum memadai,” katanya.
Menurutnya, dia akan meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik dan membuktikannya suatu hari nanti.
Ally berkata, pada 21 Ogos itu, dia dan suami bersama dua rakan ke TTDI untuk meraikan ulang tahun kelahiran seorang sahabat.
” Pada 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar PKPP. Pada 5.30 pagi, kami dikenakan denda RM1,000 setiap seorang dan dibenarkan pulang.
” Pada 25 Ogos, kami suami isteri sudah melunaskan denda yang dikenakan itu,” katanya.
Mukhriz sebelum ini dilaporkan mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 27 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub.
Beliau berkata, anak dan menantunya wajar dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.
” Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini, memanglah rasa kecewa (tetapi) perlanggaran itu tetap berlaku.
” Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun yang dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Dapat respon dari anak Datuk K dan Nora Danish
Sementara itu, penjelasan Ally yang dikongsikan di Instagram itu mendapat 9 ribu lebih tanda suka dan beratus komen memberi kata-kata semangat kepadanya.
Tidak terkecuali rakan-rakan baik beliau yang memujikan keberaniannya tampil menyesal dan mengakui kesilapan.
Antara yang menulis komen adalah Aazif Khalid yang juga anak kepada Datuk K
” Saya doakan yang baik-baik untuk anda semua. Pengajaran yang paling sukar selalunya akan berakhir sesuatu yang sangat bermakna. Semoga anda selamat di sana. (I’m wishing you guys all the best. The toughest lessons always end up being the most meaningful. Stay safe out there)
Sementara itu pelakon terkenal, Nora Danish turut dilihat memberi respon dengan meninggalkan lima tanda hati di ruangan komen.